20 Kerja Sambilan Di Rumah
Bila duit tak cukup nak belanja bulanan, boleh jadi resah gelisah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau komitmen tinggi, mana nak cekau duit nak bayar rumah, kereta, kad kredit, atau pinjaman-pinjaman lain, betul tak?
Jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di alam maya (tapi, jangan salah tempat pula), dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.
Antara 20 kerja tersebut adalah:
1. Penulis Bebas (Freelance Writer)
Kalau anda memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.
2. Pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing)
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?
3. Pembantu Maya Peribadi (Personal Virtual Assistant)
Sekiranya anda seorang yang teratur dan dapat menangani tugas pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data dan pengurusan media sosial, pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda.
4. Pereka Grafik (Graphic Designer)
Rugi tak tawarkan kemahiran membangun dan menyunting grafik yang ada secara Bukan setakat dalam Malaysia, anda nak ke pasaran global pun boleh.
5. Pereka Animasi (Animator)
Dah tengok Upin Ipin, Ejen Ali atau BoBoiBoy? Haaa…inilah kemahiran yang ramai cari untuk pereka animasi. Permintaan sangat tinggi untuk freelance animasi, jadi rebut peluang yang ada secepat mungkin.
6. Tutor Online
Anda pakar subjek Matematik, Sejarah atau lain-lain? Musim pandemik ni, bukan kelas saja online, tuisyen pun ramai yang nak dapatkan khidmat online sebab risau nak hantar anak pergi mana-mana. Inilah masa untuk anda mendidik dari rumah sambil buat duit lebih.
7. Perniagaan Makanan
Buat yang pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?
8. Dropship
Dropship ni maknanya anda memasarkan produk syarikat / orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat / orang tu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.
9. Perkhidmatan Pelanggan
Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan juga talian internet yang kuat? Anda boleh cuba untuk memohon kerja sebagai khidmat pelanggan dari rumah. Kerja ni pun dah boleh diuruskan dari rumah kalau anda dah tahu selok belok syarikat.
10. Pekerja Kemasukan Data (Data Entry)
Memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang menarik, tapi sangat senang! Anda pula tak memerlukan pengalaman untuk memohon, jadi boleh mulakan kerja sambilan dengan masukkan data.
11. Copywriter
Kerja ni sesuai untuk mereka yang pandai menjual melalui penulisan. Kiranya apa yang anda tulis tentang sesuatu produk / servis akan menarik perhatian prospek.
12. Pengurus Media Sosial
Sekarang ni semua perniagaan nak dapatkan tarikan di media sosial. Kalau anda hebat mengurus konten media sosial, inilah kerja sambilan yang boleh anda cuba. Dapat syarikat besar atau femes, boleh tahan bayarannya, tau!
13. Pengulas Produk (Product Review)
Siapa yang berpengaruh dan ramai pengikut (follower) di media sosial boleh ambil peluang untuk jadi pengluas produk berbayar. Lagi ramai pengikut, lagi tinggi bayaran anda boleh dapat.
14. Pengaturcara Komputer (Programmer)
Kadang-kadang satu bahasa programming seperti Ruby pun dah cukup untuk anda mendapatkan kerja sebagai programmer dalam talian. Sebagai pakar, anda boleh mendapat bayaran tinggi dan caj ikut jam.
15. Penterjemah (Translator)
Kalau anda fasih dalam dua bahasa atau lebih, kemungkinannya anda boleh dapatkan kerja untuk terjemah dalam bahasa tersebut. Di Malaysia sekarang pun banyak syarikat yang dah mencari penterjemah untuk laman web, artikel, dokumen dan pelbagai lagi.
16. Pembangun Web (Web Developer)
Boleh kata semua syarikat, baik yang baru atau lama, akan perlukan laman web. Jika anda mempunyai kepakaran untuk membangunkan laman web dari awal, pasti mudah untuk bersaing dengan yang lain.
17. Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.
18. Pembangun Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Developer)
Kemahiran ni adalah salah satu industri yang tengah panas membangun sekarang. Anda boleh cari kerja di syarikat secara online ataupun buat aplikasi sendiri yang menarik seperti aplikasi permainan atau pembelajaran.
19. Editor Video
Kerja editor video memang senang buat dekat rumah sebab perlukan software Kalau ada semua kelengkapan dan anda boleh hasilkan video yang menarik, sangat senang untuk dapatkan kerja.
20. Pengulas Buku
Kerja ni memerlukan kemahiran bahasa dan analisis yang baik. Sebabnya, ia masih baru di Malaysia dan kebanyakan peluang wujud di luar negara. Kalau anda memang pencinta buku dan mahu cari duit lebih dengan buat review, apa kata tengok senarai syarikat yang memang sentiasa mencari pengulas buku sambilan ni.
Nampak tak betapa banyaknya peluang untuk yang nak bekerja dari rumah. Kalau anda boleh keluar rumah dan ada kenderaan yang bersesuaian, lagi bertambah lah kerja part time yang boleh dibuat.
Platform untuk cari kerja-kerja dalam senarai di atas pun dah tersedia online. Anda hanya perlu rajin meneroka dan tahu selok beloknya.
10 Platform Boleh Dipercayai Untuk Kerja Dari Rumah
Bagi yang nak mencari kerja part time di rumah atau freelance, boleh mulakan dengan bertanya kenalan terdekat dulu ataupun buat carian online. Mana tahu memang ada yang sedang mencari seseorang dengan kemahiran anda, ada rezeki terus dapat kerja.
Tapi, kalau tak dapat cari dengan cara tu, anda tak perlu risau sebab ada pelbagai platform yang boleh digunakan.
Kebanyakan platform untuk kerja sambilan ni anda boleh mendaftar secara percuma, tapi akan ada yuran perkhidmatan / komisyen yang ditolak daripada jumlah pendapatan anda. Kiranya platform ni boleh dianggap sebagai ejen yang memberikan anda kerja.
Bagi pendaftaran pula, anda hanya perlu ke laman web mereka dan masukkan semua maklumat yang diperlukan.
Pastikan anda guna platform yang sesuai dengan kerja freelance anda dan bandingkan dulu kelebihan dan kekurangan mereka sebelum membuat keputusan. Jom tengok!
1. Upwork
Selepas mendaftar, anda boleh membina profil dengan meletakkan maklumat penting seperti resume, portfolio kerja, kadar bayaran, tawaran kemahiran, dan juga video peribadi.
Upwork akan memadankan anda dengan projek yang berpotensi untuk dinilai sebelum mengemukakan tawaran. Setiap aspek pekerjaan dikendalikan melalui laman web Upwork termasuk penjejakan masa, invois, perkongsian fail dan mesej.
Walaupun pendaftaran dan membina profil di Upwork adalah percuma, mereka mengambil komisyen dari jumlah yang diperoleh oleh freelancer.
Komisyen Upwork | 20% untuk AS$500.00 yang pertama10% untuk jumlah bil antara AS$500.01 dan AS$10,0005% untuk jumlah bil melebihi AS$10,000 |
2. Freelancer
Seperti Upwork, Freelancer juga percuma untuk anda sertai. Anda perlu membina profil yang menunjukkan kemahiran dan pengalaman serta menetapkan kadar bayaran.
Setelah siap, anda boleh memulakan pencarian, periksa penilaian dan sejarah majikan, dan buat tawaran pada projek yang diminati.
Freelancer mengambil komisyen berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima.
Komisyen Freelancer | Projek Harga Tetap: 10% atau AS$5.00, mana yang lebih besarProjek Mengikut Jam: 10%Perkhidmatan: 20%Akaun terbiar selama 6 bulan atau lebih: AS$10.00 / bulanJika anda merujuk mana-mana majikan ke Freelancer: Tiada bayaran untuk semua pekerjaan yang dilakukan dengan majikan tersebut |
3. Guru
Seperti kebanyakan laman web kerja gig, anda boleh membuka profil secara percuma dan boleh melayari pekerjaan freelance online yang ada.
Guru juga membolehkan anda mendapat cadangan kerja / projek berdasarkan kemahiran melalui ciri carian Guru’s Top Match and Good Match dan menawarkan WorkRooms maya di mana freelancer dapat bekerjasama dan menambah ahli untuk sesuatu kerja.
Selain tu, anda boleh memilih keahlian berbayar untuk membida lebih banyak pekerjaan, meningkatkan hasil carian, menghantar mesej sebelum membida, dan peluang menjana lebih banyak wang.
- Pelan Basic (Percuma): Percuma, 9% yuran pekerjaan, 10 bidaan / bulan
- Pelan Basic+ (AS$11.95 / bulan): 9% yuran pekerjaan, 50 bidaan / bulan, AS$1,000 boost carian
- Pelan Profesional (AS$21.95 / bulan): 7% yuran pekerjaan, 50 bidaan / bulan, AS$2,000 boost carian, mesej penawaran, tambahan pautan peribadi pada profil
- Pelan Eksekutif (AS$49.95 / bulan): 5% yuran pekerjaan, 50 bidaan / bulan, AS$8,000 boost carian, mesej penawaran, tambahan pautan peribadi pada profil
4. FlexJobs
FlexJobs bekerjasama dengan ribuan syarikat untuk menyediakan peluang pekerjaan profesional, berkualiti tinggi, dan fleksibel bagi anda yang mencari pekerjaan jarak jauh.
FlexJobs juga menawarkan senarai semak carian pekerjaan, artikel nasihat kerjaya, 170 ujian kemahiran pakar, dan tips membuatkan resume menonjol.
Keahlian berbayar FlexJobs datang dengan bimbingan kerjaya, ulasan resume, dan diskaun pra-rundingan dari lebih 60 produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan carian pekerjaan.
Walaupun FlexJobs menawarkan maklumat berkaitan pekerjaan secara percuma, anda perlu mempunyai keahlian berbayar untuk mengakses senarai pekerjaan penuh di pangkalan data syarikat.
Caj FlexJobs | AS$6.95 untuk satu mingguAS$14.95 sebulanAS$29.95 untuk tiga bulanAS$49.95 setahun |
5. Fiverr
Platform Fiverr dikatakan antara yang terbaik untuk pekerjaan sambilan kreatif kerana ia menyediakan kerja dalam hampir semua bidang kreatif digital.
Anda juga dapat menawarkan perkhidmatan yang spesifik seperti banner laman Facebook, intro podcast, kulit buku, rekaan menu, ilustrasi buku komik, dan banyak lagi.
Fiverr membenarkan anda menyimpan 100% bayaran tetapi akan mengambil peratusan pembelian dari mereka yang menggunakan khidmat anda:
- AS$2.00 bagi servis sehingga AS$40.00
- 5% untuk servis melebihi AS$40.00
- **Selepas anda dibayar, Fiverr akan menahan bayaran selama 14 hari sekiranya pelanggan tak berpuas hati dan mahukan bayaran balik.
6. LinkedIn ProFinder
Platform yang direka untuk menghubungkan perniagaan dengan freelance profesional ini menyediakan rangkaian profesional terbesar di dunia supaya anda berpeluang mendapatkan lebih banyak pekerjaan.
Freelancer bermula dengan membuat profil LinkedIn yang menarik. Setelah permohonan freelancer diluluskan, LinkedIn akan menghantar e-mel permintaan cadangan dari pelanggan yang ingin menggunakan khidmat pekerja sambilan.
Selepas tu, freelancer boleh menghantar cadangan, membincangkan syarat, dan memuktamadkan perjanjian dengan majikan. Freelancer mendapat 10 tindak balas cadangan di ProFinder secara percuma.
Selepas 10 cadangan, langganan LinkedIn Premium Business diperlukan untuk tindak balas tanpa had terhadap permintaan projek.
Caj LinkedIn Premium Business | AS$59.99 sebulanAS$179.97 setahun |
7. FoodPanda Partner
Siapa tak kenal FoodPanda atau GrabFood, kan? Kalau anda minat memasak dan ada potensi untuk menjual makanan. Sila teruskan usaha anda sebab nak mendaftar sebagai penjual di FoodPanda atau GrabFood agak mudah.
Yang bagusnya, anda dah tak perlu nak fikir siapa nak hantar makanan tu. Untuk menggunakan FoodPanda atau GrabFood, anda kena pastikan yang anda ada SSM dulu. SSM pun dah boleh daftar online saja sekarang.
Okay, mari kita tengok dulu macam mana nak daftar FoodPanda dan kemudian GrabFood.
Langkah mendaftar sebagai FoodPanda Partner
- Layari laman web FoodPanda untuk menjadi rakan penjual mereka
- Isikan ruangan pada borang iaitu:
- Nama Perniagaan
- Jenis Perniagaan
- Purata harga satu hidangan ($untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
- Nama Pertama / Panggilan
- Nama Keluarga
- Jawab soalan yang disediakan
- Alamat Perniagaan
- Tekan SUBMIT dan tunggu kelulusan
- Selepas lulus, FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandantangani
- Selepas anda tandatangan dan hantar menu, FoodPanda akan semak semua gambar serta menu
- Bila selesai dan dipersetujui, anda akan terima peranti FoodPanda dan terima latihan melalui panggilan telefon
- Tibalah masa untuk mula LIVE di aplikasi FoodPanda
8. GrabFood Merchant
Tak salah untuk anda mendaftar kedua-dua platform ni sebab akan dapat membantu perniagaan makanan anda. Mereka pun tak menetapkan yang anda hanya boleh mendaftar untuk salah satu saja. Jadi, gunakan semua peluang yang ada.
Langkah mendaftar sebagai GrabFood Merchant
- Layari laman web GrabFood untuk menjadi partner mereka
- Isikan setiap ruangan pada borang:
- Nama Restoran
- Nama Penuh (Seperti dalam kad pengenalan)
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Restoran, Poskod, Negeri, Bandar
- Laman Facebook / Laman Web Rasmi
- Jumlah Cawangan
- Jenis Masakan
- Harga Purata
- Jawab soalan yang disediakan
- Tick pada kotak reCAPTCHA dan tekan SUBMIT
- Tunggu pihak Grab menghubungi anda untuk langkah seterusnya
- Selepas dah selesai semua penyerahan dokumen, tandatangan persetujuan, gambar, menu dan sebagainya, anda akan menerima peranti dari Grab.
- Jika tak ada berita dari Grab, boleh hantar pertanyaan tentang status permohonan anda di sini
Jika anda memerlukan sebarang bantuan semasa nak mendaftar atau tak pasti apa yang perlu dibuat sebagai penjual, hubungi servis khidmat pelanggan mereka di laman web rasmi.
9. Kumoten
Pada yang teringin nak jadi dropship di Shopee, Kumoten adalah salah satu cara untuk merealisasikan impian anda. Pernah ada orang cerita, buat dropship Shopee boleh dapat sampai 5 angka sebulan! Fuh, puas hati kerja macam ni.
Komuten ni menyediakan beribu produk yang boleh anda jual di Shopee. Untung jadi dropship ialah anda tak perlu simpan produk dan risaukan penghantaran. Macam mana nak mula?
Langkah daftar dropship Kumoten
Langkah 1: Daftar sebagai penjual (seller) di Shopee dan buka akaun Kumoten
Langkah 2: Integrasi akaun Komuten dan Shopee
Langkah 3: Sync produk di Komuten kepada My Shopee Shop
Langkah 4: Uruskan order yang anda dapat di Shopee
Tips PropertyGuru
Bila kerja freelance / part-time, anda kena pandai rancang kewangan sebab bilangan kerjanya tak menentu. Kalau kerja banyak dapat bayaran tinggi, tapi masa tak ada kerja sangat, bayaran pun kurang. Jadi, kami sarankan pada bulan yang anda dapat bayaran lebih dari biasa, asingkan 20-30% untuk simpanan saat-saat genting.
7 Tip Elak Kena Tipu Bila Bekerja Dari Rumah
- Jangan tertipu dengan tawaran yang terlalu bagus dan maklumat kerja terlalu sempurna.
- Pastikan skop kerja dan kelayakan yang diberikan adalah jelas.
- Gunakan platform yang boleh dipercayai dan diiktiraf.
- Selidik dulu tentang sesebuah syarikat / individu sebelum menerima sebarang pekerjaan.
- Abaikan mereka yang meminta bayaran pendahuluan
- Jangan buka e-mel yang mencurigakan
- Pastikan komputer memiliki perisian anti-malware
Pastikan anda ingat semua tip ni bila mencari kerja dari rumah. Kami faham betapa tertekannya kehidupan sekarang buat sebilangan rakyat. Jadi, kami ingin membantu anda semua dengan panduan ini.
Ingat bahawa sentiasa ada cara yang lebih baik untuk menambah pendapatan anda, okay? Sebab di akhirnya, hanya #kitajagakita.
Selamat mencari kerja dari rumah yang sesuai!
Panduan Relevan
- 8 Cara Kuatkan Signal WiFi Rumah Anda!
- Simpan Duit Beli Rumah Gaya Gen Z Dan Millennial!
- 8 Idea Cantik Untuk Balkoni: Ruang Yang Anda Bayar, Tapi Tak Guna!
Penafian: Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja. PropertyGuru International (Malaysia) tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak seharusnya menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.
Leave a Reply